CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 29, 2011

Aku suka.



Katy Perry? Tengok tajuk memang sah taktau nak letak tajuk ape tapi aku memang teruja tengok Adik ni , aku dan famili tak bosan tengok video ni berulang2 kali.Lepas tu upload pulak kat Youtube sebab nak kasi mama dia tengok, memandangkan video ni aku yang rakam. Adik spontan okay, bijak tak ? hueh3.
Adik yang bersuara lantang mungkin nak ikut jejak langkah mama dia jadi cikgu kot, sungguh garang.
Wan Aminuriha Haji Hasbullah :)
.

Tuesday, June 28, 2011

Akulah


Sesungguhnya



Akulah..

Yang terhina.
.

Monday, June 27, 2011

Dah

Bank in last minute punyer. Dan menghitung hari :)
Excited ada , malas pun ada dannnn inilah nombor bertuah aku masa nak bank in tadi.

Excited gilaaaa tunggu giliran , hahaha. Btw semua Langsai kecuali....



Aku takda result ! ^^
.
.

Sunday, June 26, 2011

Shaheizy Sam Samad dah kahwin !

Hari tu aku ada keluar ke Bukit Jambui jenjalan. Ni lah Gegirl yang aku cakap tu. Hidup busan kalau mereka merangkap depa takda. Gelak dengan depa :)

Me and Lina and Me :)

Nak letak ke pic Siti? Merajuklah dengan dia. Dia bukan sayang aku, ada ja BF dia, kami bagai tak bermakna lagi. I sentap, penat tau main aci ligan nyorok, dia tak cari pun. Asik3 bergayut, penting sangat ke BF tu. Penting kot. Mungkin sebab aku tak rasa apa yang dia rasa?


1. Upload jugakla pic Siti, sakgi mengamuk, aku pulak yang nahas.

2. Ni lah Mak Datin yang aku cakap hari tu.




What the Lina ! Aku mintak tolong ambil gambar aku kan? Yang belakang lebih2 pehal..




Saturday, June 25, 2011

Hanis Zalikha dah pakai tudung

             Weuuu , sapa tak kenal ? Jangan nak muhung lah. Baru2 ni aku ada keluar dengan Gegirl pergi Bukit Jambui.  Biasalah kan , cari selendang. Dah terbiasa , bila sampai kat Pashmina, cantik2, nak beli takut tak pakai sebab tak reti. Pashmina ni kainnya memang lebar. Kawan aku cakap kain alas meja, bukanlah. Aish.Yang ni lah Pashmina. Aku takut tak reti nak lilit nanti. Beli tapi tak pakai , bazir tu. Tapi takpe , aku dah ada satu Pashmina yang dihadiahkan seseorang. Tak pernah pakai pun.



             Terjumpa pulak video Hanis Zalikha ajar cara2 mak dia pakai Pashmina, menarik. Okay lepas ni nak cuba2 memandangkan aku dah ada PAshmina , nyeh3.


Mak Hanis


Umm , cara macam pakai selendang lah jugak , tapi aku rasa Pashmina yang aku tengok hari tu lebih lebar lagi kot daripada pashmina dalam video ni ^^
.
.

Friday, June 24, 2011

Untuk Kiter Kiter Jer

Assalamualaikum , sebenernyer entri ni entri berangkai, kalau tak 10 page tau you, aku ringkaskan dah , taknak demand2 macam Minah Senget yang suka bawak topi kat sawah tu , hihihi, takpe aku stret to the point pasal member2 aku ni. Mana2 geng pun yang aku jumpa, aku tak serasi macam mana aku serasi dengan dorang. So, cuti sem ke cuti ape kew aku akan terus hubungi dorang, the best la. Kuang3.


[klik untuk ke blog]Siti Khadijah

Pertama kalinya aku ternampak dia ni atas moto nak daftar tusyen, muka suci bah. Dalam hati aku berbisik 'cantik! Orang cantik macam ni nak ke kawan dengan aku'
Tapi , kalau sapa kenal dia bukan setakat pandang pertama mesti cakap dia huduh pait. Ataupun keluar 1st date dengan dia tobat itulah  date pertama dan terakhir.



Sengal , kalau ajak pergi sawah , nilah ayat dia :

'Omaigosh2, pacat2'
Aku rasa macam nak lempang pipi Pang! ! Pesan siap2 jangan nak kahwin dengan orang kampung okay.


Minah ni takla banyak sangat dia punya songeh, so tak susah la aku nak cakap pasal dia, 'bibik profesional'. Kadang dia bajet ala2 Datin.


* Sebelum tu , aku nak minta maaf kalau ada yang terasa , entri ni suka2 je, kalau dah sampai tahap SENTAP, bagitau la nah , nak delete :)


Seriously takde niat pun nak 'guris'.

Last but not Least








Thursday, June 23, 2011

Aku Kurus .

Cakap pasal kurus? Bagi aku la, aku tak susah hati la kurus ni, tak susah susah pun nak diet, aku makan apa yang aku suka, makan ? Aku tak pernah bajet pun sebab Mak aku cakap, duit habis kat makan takpe. Melainkan aku takde duit , memang aku bajet giler. Seringkali la aku dengar.

" Awak kurus "

 Awak pun sama laa.

"Tak , awak kurus lagi"

Ya , akulah kurus dasyat ye ? Jadi ? Aku pun tak susah hati.  Kenapa sibuk sibuk nak cakap kan ? Tak senang? Ada jugak sorang kawan aku cakap camni ;
Aimi tu ________________________________.
Antara sindiran dasyat yang aku terima, Agak terSENTAP.
Apa masalah kau ye ? Kalau cakap aku kurus takpe , Aku lagi best. Bila dia tau apa barang yang aku gunakan. Dia sibuk sibuk hendakkan barang tu siap pesan lagi kat aku .

"Aku nak slim macam Aimi"

Eikk ? Apakah maksud sindiran kamu Macik ?





Aku tak pernah tahu pun aku melayang sebab aku takda masa nak susahkan hati aku. Mungkin inilah rahsia aku kelihatan muda dari usia , hihihi. Aku cuba terima diri aku kenapa orang lain tak boleh. Kadang-kadang aku rasa annoying je pikir pasal diri sendiri, lebih baik aku pikir apa yang patut aku buat.









Monday, June 20, 2011

2013 @ 2014 ?

         Assalamualaikum , 2013 @ 2014 ? Kenapa ? Sebenarnya sejak beberapa tahun yang lalu aku berhasrat untuk ini tapi tiada kesempatan , aku harap 2013 @ 2014 adalah suatu masa yang sesuai , aku hanya merancang. Aku ada 2 blog sekarang. Kalau sebelum ni, aku cuma sediakan entri pasal cerita cerita yang boleh dikongsi. Aku jugak ada cerita yang aku karang sendiri , tapi terbantut dan tak jadi nak publish sebab aku segan . Sebab apa ? Pelikkan bila blog dicampuradukkan sehingga sebati dengan semua ni , erm aku pun tak tau nak ketengahkan suara aku kat satu blog lagi , atau campur dengan blog ni atau teruskan perkongsian yang aku dah buat sebelum ni. Recent Activities menunjukkan entri yang bertajuk
"Kenapa Tak Rogol Saya?" dikongsi seramai 275 orang di FB.


Walau tak banyak mana , aku puas. Aku ingat nak buang je widget Popolar Post tu, tapi biarla widget tu kat situ kan , nanti sesapa yang tersesat masuk kat blog aku boleh baca. Even aku dah campur adukkan blog ni dengan sebati dengan apa apa pun entri Terbitan Pesona Algebra :)

Tapi takpela, mungkin aku boleh gunakan blog aku yang satu lagi tu untuk 2013 @ 2014 kan ?
Siapa tahu..

*Maaf ada unsur ketidakjelasan di sini , aku tidak menyatakan hasrat aku sejak mula aku buat blog ni.
Errrr? Tiada kena mengena dengan TUMBLR .
.
.

Wednesday, June 15, 2011

Iranian Women’s National Soccer Team Banned from Olympic Qualifying Tournament

 Sedih giler rasa macam nak nangis gak tengok dipa nangis macam baby , salah ker pakai tudung ???

klik untuk TUMBESARAN

Players of the Iranian women’s national soccer team react after withdrawing from their qualifying match against Jordan for the 2012 London Olympic Games in Amman June 3. The Iranian team were banned from the match on Friday in the second round of qualifiers in protest against guidelines on their veil. The FIFA woman’s association requires that any covering used does not cover the neck and ears. In Iran all women are required to cover their hair in public to conform to the Islamic dress code. (Ali Jarekji/Reuters)

It’s important to remember that women’s rights in Iran are trampled on in every category and they’re treated as second class citizens, at best. They are required to wear the veil; it is not their personal choice.
The only countries that mandate the hijab today are Iran and Saudi Arabia.



Tuesday, June 14, 2011

Imagination

The imagination exercises a powerful influence over every act of sense, thought, reason,
-- over every idea.
Latin Proverb

Solitude is as needful to the imagination as society is wholesome for the character.
James Russel Lowell 

Far away in the sunshine are my highest aspirations. I may not reach them, but I can look up and see their beauty, believe in them, and try to follow where they lead.
Louisa May Alcott

Imagination is more important than knowledge.
Albert Einstein

He who has imagination without learning, has wings and no feet.
Joseph Joubert

Hope is the dream of a man awake.
French Proverb

A strong imagination begetteth opportunity.
Michel de Montaigne

Your imagination is your preview of life's coming attractions.
Albert Einstein

Inspirational

Try not to become a man of success but a man of value.
Albert Einstein

If you have built castles in the air, your work need not be lost; that is where they should be. Now put foundations under them.
Henry David Thoreau
 
Inspiration and genius--one and the same.
Victor Hugo
                                   

To find what you seek in the road of life,
the best proverb of all is that which says:
"Leave no stone unturned."
Edward Bulwer Lytton
If you would create something,
you must be something.

Johann Wolfgang von Goethe 


Every artist was first an amateur.
Ralph Waldo Emerson

The more difficulties one has to encounter, within and without, the more significant and the higher in inspiration his life will be.
Horace Bushnell

Life has no smooth road for any of us; and in the bracing atmosphere of a high aim the very roughness stimulates the climber to steadier steps, till the legend, over steep ways to the stars, fulfills itself.
W. C. Doane

Experience is the child of thought, and thought is the child of action.
Benjamin Disraeli


Do we not all agree to call rapid thought and noble impulse by the name of inspiration?
George Eliot 

No great man ever complains of want of opportunities.
Ralph Waldo Emerson

Men do less than they ought,
unless they do all they can.
Thomas Carlyle

Monday, June 13, 2011

9 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!

1. Wang- Manusia Unicorn

Tahun 1930, seorang petani China dari Mancgukuo bertemu dengan seorang banker Russia. Orang Rusia itu mengambil gambar si petani dan menghantar fotonya ke Robert Ripley dari acara ‘Believe It Or Not’.

Diketahui sebagai Wang, atau terkadang dipanggil Weng, petani ini sebenernya bertubuh normal, melainkan tanduk sepanjang 14 inci yang tumbuh dari belakang kepalanya. Ripley menawarkan wang yang banyak buat siapa saja yang boleh membawanya tampil di Odditorium. Namun, Wang menghilang dari awam di awal 1930an dan nggak pernah terdengar lagi kabarnya.

2. Martin Laurello- Manusia Hantu

Lelaki bernama Martin Laurello ini lahir dengan nama Martin Emmerling di Nuremburg, Jerman tahun 1886. Dia mulai berakting di Eropah ketika berumur 20an dan berlanjut ke Amerika tahun 1921. Dia tampil beberapa kali di Coney Island dan bekerja juga untuk Ringling Bros, pertunjukkan Barnum & Baileys. Dia juga bekerja untuk Royal American Shows milik Dick Best dan akhir tahun 19945 tampil dengan Ripley dengan “Popeye Perry” dan “Junior Stiles”, bocah lobster berumur tujuh tahun.


3. Mary Ann Bevan- Wanita Terjelek

Mary Ann Webster lahir di London, England tahun 1874,dengan tujuh saudara. Ketika muda, dia bekerja sebagai perawat dan tahun 1903 menikah dengan seorang penjual sayuran, Thomas Bevan. Tidak lama setelah menikah, Mary Ann mulai memperlihatkan gejala acromegaly, pembesaran kerana pertumbuhan abnormal dan kelainan fungsi di wajah, seperti sakit kepala, penglihatan kabur dan sakit otot dan sendi. Dia punya empat anak sebelum Thomas meninggal tahun 1914.

   4.   Mme. Clofullia – Wanita Berjanggut

Madame Clofullia lahir dengan nama Josephine Boisdechene di Switzerland. Kata orang, dia lahir dengan tubuh berambut dan punya janggut seteba; 2 inci di umur delapan. Di umur lapan tahun, dia mulai melakukan tour di Eropah bersama ayahnya. Di Paris, dia bertemu pelukis Fortube Clofullia dan lalu menikah dengannya. Dia menjadi terkenal karena menunjukkan janggutnya saat meniru punya Napoleon III. Lalu, penguasa daerah itu memberinya permata yang sangat besar.

5.   Myrtle Corbin – Wanita Berkaki Empat

Josephine Myrtle Corbin lahir di Lincoln Country, Tennesee tahun 1868. Dia lahir dipygus, punya dua panggul terpusah bersebelahan dari pinggang. Kaki tambahan ini adalah bagian dari kembarannya yang nggak terpisah dengan benar, kayak Frank Lentini yang punya tiga kaki. Setiap kaki kecilnya sepasang dengan kaki yang besar, Dia mengatakan boleh menggerakan kali kecilnya, tapi tidak cukup kuat buat berjalan. Dia punya empat puteri dan satu putera.

                                           6.   Mademoiselle Gabrielle – Wanita Setengah

Lahir di Basle, Switzerland, tahun 1884, Gabrielle Fuller pertama kali ikut sirkus di Paris Exposition tahun 1900. Dia melakukan perjalanan dengan Ringling Brothers Circus tampil di pertunjukkan Dreamland Coney Island. Dia menikah dua kali, yang pertama dengan John de Fuller. Dia punya badan atas yang sempurna yang berakhir di pinggang.


                                                     7.    Lionel – Bocah Berwajah Singa

Stephan Bibrowsky lahir di Ploandia tahun 1890 dari orang tua yang normal. Dia menderita hypertrichosis, kelainan genetik yang jarang terjadi yang menutupi seluruh tubuh dengan bulu. Hanya ada sekitar 50 kasus dari kelainan ini yang diketahui sejak abad pertengahan. Dalam kasus Lionel, rambut sepanjang enam inci menutupi badannya. Dia ditemukan oleh seorang dari Jerman bernama Meyer saat dia empat tahun dan menjadi terkenal di Eropa dimana dia mendapat julukan manusia berwajah singa. Beda jauh sama binatang tentunya, dia pakai baju dan gaul dengan lima bahasa yang dia kuasai.


                                                  8.   Joseph Merrick – Manusia Gajah

Lahir tahun 1862, Joseph Merrick memiliki kelainan fizik iaitu daun telinganya tumbuh sangat besar ketika dia berumur lima tahun. Dia ikut sebuah pertunjukkan di tahun 1884, di sana dia diperlakukan dengan baik dan mendapat banyak wang. Seorang doktor pengunjung melihatnya dan berencana mengubah hidupnya. Sekarang diketahui Joseph Merrick sebenernya dia menderita sindrom Proteus dan bukan elephantiasis yang seperti yang dikira. Merrick meninggal di umur 27 kerana mati lemas saat tidur.

                                                      9. Ella Harper – Gadis Unta

Inilah tulisan pitch card dari Ella Harper. Pitch card tuh iklan buat attraksi pertunjukkan.
“Saya dipanggil gadis unta kerana lutut saya menghadap belakang. Saya bisa berjalan dengan tangan dan kaki saya seperti yang Anda lihat di gambar. Saya telah berpergian untuk pertunjukkan selama empat tahun dan sekarang, tahun 1886 dan saya memutuskan berhenti dan pergi ke sekolah dan mencari kegiatan baru”  ~~mypepito


Sunday, June 12, 2011

Peringatan Besar buat Kaum Wanita


Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.

Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat.

Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;

"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".

Berkata Sayyidina Ali RA.;

"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;

Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.
.

Wanita : Akal Senipis Rambutnya



Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Ingat Kematian



Segala puji bagi Allah yang telah memberi kita nikmat kehidupan ini. Sesungguhnya kami bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad s.a.w adalah rasulNya. Salawat dan salam bagi beliau dan keluarganya

Setiap orang tahu bahwa ia akan mati, tak ada seorangpun yang mengingkarinya. Tapi kenyataannya sedikit sekali yang mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian. Sebagian besar manusia bahkan berusaha melupakannya dengan berbagai hiburan dan kegiatan. Kematian menjadi misteri yang ditakuti. Padahal dengan perjalanan waktu, saat kematian yang tidak mungkin kita hindari ini hanya akan semakin dekat saja. Padahal bagi mereka yang sadar, dan berniat untuk menghadapinya, sesungguhnya ingat akan kematian merupakan pendorong yang sangat kuat untuk mencapai kehidupan yang sukses.

Lebih dari 160 kali kata kematian disebut dalam al Qur'an. Mengapa peristiwa ini mendapat banyak perhatian dalam kitab Allah ini? Untuk menjawab pertanyaan ini mari kita perhatikan beberapa ayat yang mengandung kata kematian tersebut.

" Setiap jiwa akan merasakan kematian" (ali Imran 185)

Ayat ini mengungkapkan fakta kematian sebagai suatu kenyataan. Tanpa menutupi ataupun menakuti, tetapi membicarakannya sebagai suatu hal yang pasti terjadi, yang pasti akan kita alami. Pernyataan tersebut dilanjutkan dengan uraian mengenai apa yang akan kita hadapi setelah mati:

"Dan sesungguhnya hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga sesungguhnya dialah yang benar benar beruntung. Sesungguhnya kehidupan didunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Ali Imran 185)

Dengan nada keterbukaan yang sama, ayat diatas menyajikan beberapa prinsip dasar Islam. Bahwa kematian bukanlah akhir dari riwayat kita. Masih ada kehidupan setelah mati, suatu kehidupan yang justru jauh lebih panjang dari hidup yang sekarang ini. Juga disebutkan dalam ayat ini apa ukuran keberhasilan yang sebenarnya. Sukses yang hakiki adalah selamat dari api neraka dan masuk kedalam surga. Sukses bukanlah keberhasilan meraih suatu gelar, sukses juga bukan berarti pangkat, ataupun kekayaan, semua sukses dunia itu hanya seperti fata morgana dibandingkan kenyataan yang akan kita alami di akhirat.

Pesan yang sama juga kita dapati dalam ayat berikut (Al Anbiya 35):

"Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan kami akan uji engkau dengan kejahatan dan kebaikan. Hanya kepada kamilah engkau akan kembali"

Tidak ada kesamaran ataupun keraguan dalam pesan ini. Bahwa hidup ini sementara, hidup hanyalah suatu masa percobaan, suatu ujian saja. Setiap orang mendapatkan ujiannya masing-masing. Ada yang diuji dengan musibah kemalangan ada juga yang diuji dengan keberuntungan didunia ini. Tapi pada akhirnya semua kita tanpa kecuali akan dinilai dan diberi ganjaran kehidupan akhirat yang sesuai dengan hasil ujian ini.

Kisah lengkap kehidupan kita secara ringkas diceritakan dalam al Quran sebagai berikut:

"Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia dari tanah, Kemudian dari setetes mani yang disimpan dalam tempat yang kokoh (rahim) Lalu dari setetes mani itu Kami jadikan ia segumpal darah, Lalu dari segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, Lalu dari segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang Lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik. Kemudian sesudah itu kamu semua akan mati kemudian sesungguhnya pada hari kiamat engkau akan dibangkitkan lagi" (Al Mu'minun 23:12-16)

Hanya yang Maha Pencipta yang dapat memaparkan riwayat kita selengkap itu. Dari uraian itu nampak bahwa apa yang kita jalani didunia ini hanya merupakan sebagian saja dari seluruh riwayat hidup kita. Jauh lebih panjang lagi masa yang akan kita alami di akhirat nanti. Perlu diingat juga bahwa apa yang kita lakukan dalam masa hidup yang pendek didunia ini akan menentukan kehidupan kita di akhirat nanti. Inilah fungsi sebenarnya dari kehidupan dunia, sebagai ladang yang hasilnya akan kita nikmati diakhirat nanti.

Dalam bagian lain, ditegaskan pula bahwa tidak ada jalan keluar yang dapat menghindarkan kita dari kematian. Surat an Nisa ayat 78 memaparkan: "Dimanapun engkau berada, kematian akan menjumpaimu. Walaupun engkau berada didalam menara yang kokoh dan tinggi sekalipun."

Umur panjang tidak menghindarkan kita dari kematian. Tidak juga teman baik, fasilitas kesehatan dan dokter ahli, uang maupun pangkat. Semua itu tidak dapat menunda saat kematian kita. Perhatikan ayat berikut ini yang menggambarkan ketidak berdayaan manusia ketika saat kematian telah tiba:

"Maka mengapa ketika nyawa telah mencapai kerongkongan, dan kamu menyaksikannya, sedangkan kami lebih dekat kepadanya., tapi kamu tidak melihat hal ini; mengapa kamu - jika kamu memang merasa tidak dalam kekuasaan kami - tidak memanggil kembali nyawa itu, jika kamu memang orang-orang yang benar?" (al-Waqia 56:83-87)

Demikianlah kematian itu, semua kita akan mengalaminya pada saat yang sudah dipastikan. Tak dapat ditunda walau hanya satu detik pun. Tak ada yang dapat menghentikannya. Lalu bagaimana kita harus mensikapinya? Dalam al Quran diberikan petunjuk untuk menghadapi kematian:

"Wahai orang-orang beriman, takutlah pada Allah dan janganlah kalian mati kecuali dalam keadaan Islam" (3:102)

Islam, inilah satu satunya yang dapat menyelamatkan kita dalam menempuh proses kematian. Allah memerintahkan kita agar tidak menjumpai kematian kecuali kita dalam keadaan muslim. Kematian tidak dapat kita tolak, dan kita tidak tahu bila kematian itu akan datang menjumpai kita. Berarti setiap saat kita harus selalu dalam keadaan muslim. Kita harus menjaga agar kita tetap muslim dalam bekerja, muslim ketika dirumah, baik waktu sendirian maupun didepan umum. Muslim waktu senang, dan tetap muslim pula waktu ditimpa kesusahan. Pada setiap saat dan situasi hendaknya kita selallu dalam keadaan menyerah (Islam) kepada Allah, sehingga kalau sewaktu waktu kematian itu datang kita sudah siap dan dapat menghadapinya dengan tenang. Janganlah kita seperti orang yang digambarkan Allah dalam ayat berikut:

Wahai orang yang beriman janganlah kekayaan dan anak anakmu mengalihkan perhatianmu dari mengingat Allah, agar engkau tidak menjadi orang yang merugi. Dan nafkahkan sebagian dari hata yang kamiberikan kepadamu sebelum datangnya kematian, sehingga engkau tidak berkata " Ya Tuhan, berikan kami tanguh beberapa saat. Niscaya aku akan bersedekah dan berbuat baik". Tapi tidak pada satu jiwapun Allah memberi tangguh ketika saatnya sudah tiba. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang engkau perbuat. (al Munafiqun 63: 9-11)

Jadi ketika kematian tiba, tidak akan ada lagi kesempatan kedua ataupun tambahan waktu. Kalau kita ingin berbuat baik, lakukanlah sebelum kematian itu tiba. Tak ada yang diberi tangguh, tak ada perkecualian.

Ketika kematian itu tiba pada salah seorang dari mereka, ia akan berkata. "Ya Tuhanku kembalikanlah aku, kembalikanlah aku, niscaya aku akan berbuat kebaikan yang selama ini aku lupakan." Tidak, tidak mungkin lagi. .... (Mu'minun 23:99-100)

Selalu ingat akan mati, memaksa kita sadar akan terbatasnya waktu kita didunia dan membuat kita selalu ingat akan tugas kita, apa yang seharusnya kita perbuat didunia. Banyak hal baik yang timbul dari ingatan akan mati. Karena itulah Islam mengajarkan agar kita sering melakukan ziarah kubur, Islam juga menganjurkan kita untuk mengiring mayat ke kuburan, membantu memandikan, dll. Disamping itu dengan membaca al Quran setiap hari, kita pun akan selalu diingatkan akan kematian ini. Kesdaran dan ingatan akan mati ini akan memberi kesan yang sangat dalam bagi kita: Tak ada lagi rasa keterikatan dan rasa ingin memiliki dunia. Tak ada lagi rasa takut untuk menyampaikan kebenaran. Hilang pula rasa cemburu dan iri hati yang biasa muncul ketika melihat orang yang lebih beruntung dari kita. Dendam dan sakit hati dengan mudah akan berganti dengan maaf yang tulus ikhlas. Dalam sebuah kisah, Rasulullah s.a.w mengatakan bahwa seseorang sahabat akan masuk surga hanya karena sahabat ini selalu memaafkan semua orang setiap malam sebelum dia tidur. Hilang pula penyakit "wahn" (cinta dunia dan takut mati) yang membuat ummat Islam ini seperti buih dilautan, tak berarti dan tak berbobot. Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, tanamkanlah kesadaran bahwa mungkin ini adalah Ramadan kita yang terakhir. Raihlah sebanyak-banyak pahala dari bulan yang penuh berkah ini. Di malam-malamnya yang hening, bayangkanlah perjuangan saudara-saudara kita di Palestina, di Ambon, Aceh, Kashmir dan segala penjuru dunia. Mohonkanlah ampunan bagi mereka yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia. Kita sadar giliran kita akan segera tiba. Semoga Allah memberi kita kesempatan untuk menemui kematian dengan sebaik baik cara yang diridlaiNya, syuhada di jalanNya. Wa astagfirullahi walakum.

Wassalamu alaikum.

RENUNGAN DI AMBANG RAMADHAN





Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban. Beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata:
"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!". Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga" (At-Targhib, jld.II, 217-218)

Saat Nazak



Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Kisah Rahsia Di Sebalik Sembahyang Lima Waktu



Ali bin Abi Talib r.a berkata :
"Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya,
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangatmengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar."

(Al-Baqarah : 155)

7 Macam Pahala Yang Dapat Dinikmatinya Selepas Mati


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Saturday, June 11, 2011

Sesungguhnya Allah Menyayangimu




Sejak akhir-akhir ini, seorang teman rapat pernah mengadu kepada saya, mengapa dirinya tidak habis-habis ditimpa musibah dan masalah yang cukup berat didalam kehidupan beliau.

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,

Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?

Jawab baginda, Di antara orang-orang  yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.

(Riwayat Tirmizi)


Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran. 

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi. 


Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,

Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

National Geographic POD

Labels